Aster (peluru berpandu)
Aster (peluru berpandu)

Aster (peluru berpandu)

Aster merupakan sebuah keluarga siri peluru berpandu permukaan ke udara pelancaran menegak buatan Itali/Perancis yang terdiri daripada Aster 15 dan Aster 30.[3] Nama "Aster" bermaksud "Aérospatiale Terminale" (syarikat Perancis Aérospatiale adalah kontraktor utama asal sebelum menjadi MBDA) dan nama dari pemanah lagenda Greek bernama Asterion (in Greek mythology),[Penjelasan diperlukan] Asterion pula mendapat namanya dari perkataan purba Greek aster (Bahasa Yunani: ἀστήρ), bermaksud "bintang". Aster dikeluarkan oleh Eurosam, sebuah konsortium Eropah yang terdiri daripada MBDA Perancis, MBDA Itali (gabungan 66%) dan Thales Group (33%).Peluru berpandu ini direka untuk memintas dan memusnahkan sebahagian besar ancaman udara seperti peluru berpandu krus anti kapal supersonik pada aras rendah (mendakap laut)[7] dan terbang dengan laju, pesawat prestasi tinggi atau peluru berpandu.Pengguna utama Aster adalah Itali, Perancis dan United Kingdom sebagai satu pelanggan eksport, dan sebuah komponen integrasi dalam sistem peluru berpandu pertahanan udara PAAMS, yang dikenali dalam Tentera Laut Diraja sebagai Sea Viper. Sebagai sebuah senjata utama dalam sistem PAAMS, Aster dipasang pada frigat kelas-Horizon dan pembinasa Type 45 Britain. Aster juga dipasang pada frigat pelbagai guna FREMM milik Itali dan Perancis, meskipun tidak menggunakan sut pertahanan udara PAAMS tetapi sut spesifik buatan Itali/Perancis.

Aster (peluru berpandu)

Tempat asal Itali/Perancis
Sistempemanduan
Detonationmechanism Hentaman terus atau dekat[1]
Dalam perkhidmatan 2001
Kelajuan Aster 15: Mach 3.5 (1,191 m/s)[6]
Aster 30: Mach 4.5 (1,531 m/s)[1]
Berat Aster 15: 310 kg[1]
Aster 30: 450 kg[1]
Warhead 15 kg (33 lb 1 oz) directed fragmentation[2]
Panjang Aster 15: 4.2 m[1]
Aster 30: 4.9 m (16 ka 1 in)[1]
Altitud penerbangan Aster 15: 0–13 km[1]
Aster 30: 0–20 km (0–12 bt)[1]
Enjin Roket dua tahap dengan bahan api pepejal
Digunakan oleh Lihat Pengguna
Jarakoperasi Aster 15: 1.7–30+ km[1][3]
Aster 30: 3–120 km (2–75 bt)[4][3][5]
Pengeluar MBDA/Eurosam
Diameter Aster 15: 180 mm (7.1 in)
Platformpelancaran
  • Pelantar maritim
  • Pelantar berpangkalan di darat
Jenis Aster 15:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat/sederhana.
Aster 30:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak jauh.

Rujukan

WikiPedia: Aster (peluru berpandu) http://www.eurosam.com/products/naval-systems/ http://www.mbda-systems.com/aster-solution-maritim... http://www.mbda-systems.com/mediagallery/files/ast... http://www.defense.gouv.fr/actualites/articles/int... https://www.army-technology.com/projects/aster-30/ https://www.mbda-systems.com/?action=force-downloa... https://www.mbda-systems.com/wp-content/uploads/20... https://www.thalesgroup.com/en/worldwide/defence/s... https://www.thalesgroup.com/sites/default/files/da... https://www.youtube.com/watch?v=RfhoGKmD68g